![]()  | 
| Mohd. Faris Sheikh Dusuki (kiri) bersama rakan kongsinya, Mohd. Adnan Mat Bunga melihat model reka bentuk rumah yang berkonsepkan 'eco-green' di Kota Bharu, semalam. | 
 KOTA BHARU: Pemaju perumahan, DFA Home
 Builder Sdn. Bhd. (DFA Home), memperkenalkan rumah idaman yang 
berkonsepkan 'eco-green' kepada rakyat di negeri ini. 
Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Faris Sheikh Dusuki berkata, konsep 
perumahan terbaharu itu adalah pembinaan bercirikan alam semula jadi 
yang lebih mesra pengguna.
"Ini merupakan kali pertama pihak kami memperkenalkan konsep ini dengan harga yang ditawarkan adalah serendah RM195,000 sebuah.
"Dengan harga tersebut, nilainya cukup berbaloi kepada pengguna yang 
berminat untuk memiliki rumah yang selesa dengan persekitaran yang lebih
 baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Faris berkata, rumah berkonsepkan 'eco-green' ini mampu menarik
 perhatian kerana lebih menekankan pengunaan bahan binaan yang mesra 
alam bagi menjaga alam sekitar.
"Kami menggunakan bahan binaan yang terdiri daripada komposit serta 
bahan kimia yang mesra alam untuk membina siling, dinding serta lantai.
"Selain baik untuk kesihatan, penggunaan bahan tersebut turut 
menjadikan rumah lebih sejuk dan menjimatkan penggunaan elektrik," 
katanya.
Beliau berkata, melalui konsep tersebut pihaknya menyediakan pelukis 
pelan, jurutera dan panel peguam bagi mereka yang berminat untuk 
mendapatkan rumah mesra alam. 
"Pelanggan boleh menyediakan tanah dan kami akan membina rumah dengan
 konsep 'eco-green' manakala bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, 
kami boleh membantu menyediakan tanah serta membina rumah mengikut 
kemampuan pelanggan. 
"Pusat sehenti kami akan berfungsi menyediakan pelbagai perkhidmatan 
termasuk menguruskan pinjaman kepada yang layak serta yuran guaman 
secara percuma," katanya.
Katanya, di samping itu, DFA Home turut menyediakan lebih 50 model 
reka bentuk rumah kepada pelanggan dengan pelbagai konsep termasuk 
moden, klasik serta kontemporari dan khidmat nasihat secara percuma.
Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 12 Sept. 2013 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan