Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 18 September 2013

Syarikat U Mobile Sdn Bhd lancar cawangan ke-14 di Kelantan

KOTA BHARU: U Mobile Sdn Bhd membuka pusat perkhidmatan ke-14 syarikat itu di Semenanjung Malaysia, di Jalan Sri Cemerlang, di sini, bagi mendekatkan jaringan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Heang Tuck berkata pusat perkhidmatan itu juga merupakan yang kedua dibuka di Pantai Timur selepas Kuantan, Pahang.

"Ini bagi memudahkan pelanggan mengetahui mengenai semua produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, selain untuk memudahkan urusan pembayaran bil serta bantuan perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat perkhidmatan itu Rabu. Turut hadir Pengarah Jualan Bahagian Komersilnya Alex Tan.

Sempena pembukaan pusat itu, U Mobile menawarkan promosi istimewa kepada semua pelanggan prabayar dan jalur lebar yang mendaftar dari 15 hingga 18 Sept ini, yang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah bagi memenangi peranti baharu seperti Samsung, HTC, Sony Ericsson, dan Huawei.

Wong berkata buat masa ini pasaran U Mobile di seluruh negara semakin baik, yang menunjukkan perkhidmatan syarikat tersebut semakin diterima masyarakat.

"Pencapaian pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan bilangan pelanggan kami semakin ramai, selepas pengaktifan perkongsian 3G RAN bersama Maxis pada hujung tahun lepas.

"Kira-kira 200,000 pengguna telah mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan kami di negeri ini," katanya. U Mobile juga merancang membuka cawangannya ke-15 di Sabah tahun depan.

Sumber: BERNAMA | 18 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan