KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.
Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini. Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan motosikal berkuasa tinggi.
Program 1AZAM adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri.
Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.

Sumber: Harakah Daily | 17 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan