Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 17 September 2013

Polis Marin kawal ketat sempadan Malaysia - Thailand di Kelantan

Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor menahan sebuah bot semasa melaksanakan Ops Cantas Khas di sepanjang Sungai Golok, kelmarin.
TUMPAT: Sempadan perairan Malaysia - Thailand dikawat ketat Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor sebaik sahaja Ops Cantas Khas dilancarkan bagi memburu ahli kongsi gelap yang cuba melarikan diri ke negara jiran untuk membuang tatu lambang kumpulan mereka.

Dalam operasi berkenaan, semua bot nelayan dan penumpang yang melintasi perairan sempadan Kelantan - Thailand melalui Sungai Golok telah diperiksa oleh pasukan khas itu.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Wan Ismail Wan Mamat memaklumkan, Ops Cantas Khas bermula dari Kuala Tak Bai sehingga Kampung Kubang Pak Hitam di sempadan Sungai Golok telah diperhebat sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, seramai 40 anggota termasuk enam anggota Unit Gempur Marin dari Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan bersama tiga pegawai terlibat dalam operasi khas itu.

"Operasi khas ini dilancarkan untuk memastikan penjenayah dikehendaki tidak melepasi sempadan. Lima bot digunakan untuk menjayakan Ops Cantas Khas yang memasuki hari kedua, hari ini (kelmarin).

"Operasi hari kedua melibatkan rondaan di kawasan yang berada di bawah tanggungjawab Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, bermula di Kuala Tak Bai sehingga ke Kubang Pak Hitam. Keseluruhan kawasan rondaan adalah sepanjang 24 Kilometer (KM) sempadan perairan Sungai Golok," katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media semasa Ops Cantas Khas di sempadan Sungai Golol, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Wan Ismail berkata, selain Ops Cantas Khas, Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor turut menjalankan Ops Pensura yang merupakan tugas rutin pasukan itu dalam mencegah jenayah dan penyeludupan termasuk dadah, senjata api, minyak petrol dan diesel.

"Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, Pasukan Gerakan Marin Pengkalan Kubor telah berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM878,461 melalui 196 kes membabitkan rampasan beras, kain tudung, mercun, rokok seludup dan lembu," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan |  17 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan