Nwakaeme (dua kiri) melepaskan rembatan meskipun diasak Mohd Saiful Nizam Miswan (kiri) dan Mohd Razman Roslan, malam kelmarin. |
PENYERANG import sensasi, Dickson Nwakaeme layak diangkat selaku wira
The Red Warriors ketika pasukannya membelasah Pahang 4-0 pada aksi
terakhir peringkat kumpulan C, kempen Piala Malaysia, malam kelmarin.
Pengendali pasukan, Bojan Hodak berkata, meski pun Nwakaeme dibelenggu kecederaan namun pemain kelahiran Nigeria itu mengetepikan masalah itu dan membuktikan mempunyai sentuhan pemusnah jika dibiarkan bergerak terlalu bebas oleh pemain lawan.
“Kemasukan Nwakaeme pada babak kedua berjaya mengubah corak permainan kami. Dia membuktikan dirinya seorang penyerang sejati, sukar untuk anda melihat pemain import beraksi sehebat ini dan kami cukup bertuah memilikinya.
“Sebelum ini, masalah kecederaan membatasi sumbangannya hingga gagal beraksi sepenuh masa. Malam ini dia beraksi 45 minit, ini sesuatu yang positif dan saya harap dapat menggunakan khidmatnya pada suku akhir,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai jaringan pada minit ke-20 sebelum Nwakaeme mengganas pada babak kedua menerusi hatrik pertamanya bersama Kelantan sepanjang musim ini pada minit ke-67, 82 dan 89.
Kemenangan ke atas Pahang sekali gus menobatkan Kelantan selaku juara kumpulan dan akan bertemu Johor Darul Takzim (JDT), 28 September ini sementara skuad kendalian Dollah Salleh bernasib baik apabila turut layak menyingkirkan Negeri Sembilan menerusi perbezaan jaringan.
Menurutnya, Kelantan berhak meraih kemenangan itu berdasarkan karakter ditunjukkan barisan pemainnya yang berjaya mengharungi tekanan demi tekanan ketika pasukannya berada diambang penyingkiran peringkat kumpulan sebelum ini.
“Pahang memberi tekanan dan pemain kami cukup bersemangat untuk menewaskan mereka. Malam ini, stadium kami penuh dengan penyokong, tiada lagi kata cacian daripada mereka dan saya fikir faktor ini turut menyuntik pemain kami mencatatkan kemenangan,” katanya.
Mengulas mengenai pertemuan menentang JDT, Hodak berkata, Kelantan bersedia mencipta kejutan ke atas skuad Harimau Selatan berdasarkan peningkatan prestasi pasukannya sejak dua hingga tiga bulan kebelakangan ini.
“Terlalu awal untuk bercakap soal mengekalkan kejuaraan. Kita fokus satu demi satu, ini satu pertembungan sengit bagi kedua-dua pasukan. Sudah pasti saya mengharapkan aksi pemain lebih baik berbanding malam ini jika mahu mengalahkan JDT,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Sukan | 23 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan