JAKARTA: Seorang penumpang pesawat milik syarikat
penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu
ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan
terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman
udara tidak dingin.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi
ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi
perjalanan Manado - Jakarta pagi ini.
Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat
ke tempat letak pesawatnya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal
berita kompas.com pada Isnin.
Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana
bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang
telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak
ditangani.
Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam
menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu,
dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.
"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya
melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke
kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang
penumpang dilaporkan berkata.
Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat. Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan
terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat
ganti atau tidak, lapor portal berita itu.
Sumber: BERNAMA | 30 Sept. 2013 |
|
Fokus Kelantan merupakan gerbang informasi anak-anak Kelantan dan Pantai Timur terutamanya berkaitan pembangunan negeri, belia dan sukan (bola sepak, Muay Thai, bina badan dll), kesihatan dan kecergasan, kebersihan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, kempen antidadah, dan sebagainya yang berkaitan dengan negeri Kelantan, wilayah Pantai Timur, dan kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Kota Sultan Ismail Petra
Isnin, 30 September 2013
Penumpang buka pintu kecemasan pesawat kerana kepanasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan