Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 14 September 2013

KLIA dipilih lapangan terbang ke-3 terbaik dunia



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus menjadi antara lapangan terbang pilihan pengembara dengan kekal di tangga ketiga dalam kategori 10 Teratas Lapangan Terbang Seluruh Dunia Undian Pengembaraan Terbaik Smart Travel Asia 2013.

Tempat itu dikongsi bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea. Dalam satu kenyataan semalam, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Datuk Azmi Murad berkata, Malaysia Airports (MAHB) amat berbangga kerana diiktiraf  antara hab kegemaran dunia.

“MAHB memberi penekanan hebat dengan pengalaman pengguna berterusan di semua lapangan terbang kami, terutamanya KLIA dengan meningkatkan standard perkhidmatan dan kemudahan.

“Kami percaya dengan kemunculan KLIA2 tahun depan sebagai terminal dibina khas pertama dunia untuk syarikat penerbangan tambang rendah akan meningkatkan dengan ketara kualiti perkhidmatan kepada penumpang, sekali gus mengukuhkan status KLIA sebagai antara lapangan terbang terbaik seluruh dunia,” kata beliau.


Sumber: Sinar Harian | 14 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan