Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 18 September 2013

Tiga trio wira sebenar The Red Warriors

Pemain Terengganu Effa Owona (kiri) cuba mengawal pemain Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
KUALA TERENGGANU: Kombinasi trio diketuai kapten, Mohd Badri Radzi, Indra Putra Mahayudin dan Mohd Shakir Saari mengawal baik bahagian tengah adalah antara intipati kejayaan Kelantan membenam Terengganu 3-1 pada aksi penuh drama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang pasukannya gagal beraksi baik pada aksi separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C, tetapi berubah pada separuh masa kedua.

“Saya cukup tidak berpuas hati corak permainan pada separuh masa pertama, namun kombinasi tengah berjaya mencorakkan permainan yang konsisten pada separuh masa kedua sekali gus menguasai permainan. Saya teruja pemain saya yang bertindak pantas menutup ruang di bahagian tengah sehingga membuat pemain tuan rumah gagal mendominasi pada perlawanan itu.

“Kemenangan ini juga amat bermakna dan mencerahkan peluang Kelantan ke suku akhir,” katanya yang ditemui selepas perlawanan itu. Apa pun dengan kekalahan itu, Terengganu yang dibantu dengan sorakan semangat kira-kira 10,000 penyokong boleh melupakan kempen Piala Malaysia musim ini.

Kelantan memperoleh jaringan pertama untuk mendahului 1-0 selepas kapten Terengganu, Hasmizan Kamarodin tertampan bola ke gawang sendiri berpunca gerakan Fakri Saarani dan selang tiga minit selepas itu, Effa Owana berjaya mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma luar kotak penalti bagaimanapun jaringan itu dibatalkan akibat ofsaid.

Keputusan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar mengundang kemarahan penyokong yang bertindak membaling botol dan suar sehingga perlawanan terhenti selama empat minit. 


Indra Putra Mahayudin mengukuhkan kedudukan The Red Warriors untuk jaringan kedua pada minit ke-62 menerusi tandukan hasil hantaran lintang kapten, Mohd Badri Radzi tapi Ashari Shamsuddin merapatkan defisit untuk tuan rumah pada minit ke-74 sebelum Piya melengkapkan kemenangan pelawat dengan gol minit ke-85.

Di Kuantan pula, Pahang menghidupkan peluang beraksi di suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur malam tadi tapi anak didik Dollah Salleh perlu menunggu babak kedua perlawanan untuk mengesahkan kemenangan

Selepas hambar pada 45 minit pertama, Pahang memecahkan kebuntuan apabila Matias Conti meletakkan pasukan di depan pada minit ke-50 sebelum R Gopinathan menambah jaringan kedua pada minit ke-70. Pada minit ke-84, Azidan Sarudin menambah derita pelawat dengan gol ketiga apabila sepakan percuma olehnya terus menerjah masuk gawang. 


Sumber: Berita Harian | 18 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan