Zamakhshari (kanan) membuat pertukaran memorandum dengan syarikat pertanian dari Thailand yang turut disaksikan Ahmad (dua dari kiri). |
KOTA BHARU: Kelantan mengambil inisiatif mengembangkan pembangunan dalam pertanian dengan menggarap teknologi mikrob melalui usaha sama syarikat pertanian dari Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, satu pertukaran memorandum persefahaman (MoU) diadakan di antara Kelantan Biotech Corporation (KBCSB) Sdn Bhd dengan Poothon Agricultural Industrial Co. Ltd (Thailand).
“Pertukaran MoU ini memfokuskan kepada pemindahan teknologi mikrob, khususnya bagi tujuan pertanian di negeri ini. “Kerjasama ini dalam jangka masa panjang kerana ia merupakan koloborasi ke arah penubuhan Pusat Latihan dan Penyelidikan Bioteknologi untuk pertanian tanah tinggi Lojing,” katanya selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari

Peladang, Penternak dan Nelayan di Dewan Jubli Perak, di sini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob. Pengurus Besar KBCSB, Zamakhshari Muhamad berkata, usaha sama projek tersebut akan dilaksanakan di atas tanah seliaan KBCSB seluas empat hektar.
“Kerjasama ini mahukan pembinaan sebuah makmal bioteknologi dan pejabat di atas tanah KBCSB dan penyediaan serta pelaksanaan plot penamaan contoh sebagai uji kaji serta penyelidikan ke atas keberkesanan produk yang dihasilkan.
“Selain itu, ia mencakupi proses pemindahan teknologi, penyelidikan dan pengkomersilan ‘Microbial Fermentation Tekchnology’ bagi menghasilkan produk penjagaan tanaman seperti baja organik dan bio kawalan,” katanya. Katanya, latihan dan kemahiran penghasilan produk berasaskan teknologi mikrob dan aplikasi pertanian organik kepada pegawai KBCSB.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Dewan Jubli Perak diadakan selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad ini yang menawarkan pelbagai produk melibatkan 35 gerai dari jabatan dan agensi kerajaan, selain 61 gerai dari pihak swasta.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan