Fizo Omar |
SETELAH berjaya mencipta rekod tersendiri di sebalik 30 gerai ‘Hot
Burger’ miliknya, pelakon dan pengacara popular, Fizo Omar kini dalam
proses mengembangkan perniagaan itu di Kelantan, yang dijadualkan
September ini.
Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar yang juga anak kelahiran negeri ini berkata, gerai Hot Burger miliknya sebelum ini hanya terdapat di sekitar Lembah Klang dan mempunyai penggemarnya sendiri.
“Di Kelantan, saya mendapat kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Kelantan, dan sudah menandatangani MoU dengan Kementerian Pembangunan Wanita, kerana perniagaan ini turut melibatkan usahawan burger wanita,” katanya ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Hotel Perdana, kelmarin.
Fizo berkata, program yang juga mendapat kerjasama Giat Mara Kelantan ini turut akan memberi kelebihan kepada pelatih pusat pengajian berkenaan untuk menjadi usahawan burger dan menjana pendapatan melalui perniagaan itu.
“Peringkat permulaan sebanyak 20 gerai akan dibuka di sekitar Kota Bharu dengan 10 penyertaan pertama daripada golongan ibu tunggal dan orang miskin, kerana hasrat saya Hot Burger ini akan memberi sumber pendapatan kepada mereka,” katanya.
Mengakui perkara itu (membuka gerai di Kelantan) belum diumumkan secara rasmi, Fizo berkata, permintaan yang tinggi daripada penduduk negeri ini mendorong beliau membuka gerai Hot Burger di sini kerana yakin ia turut berpotensi untuk dikembangkan.

Sumber: Sinar Harian | 3 Sept. 2013 |
Kami pengeluar/pembekal roti untuk kedai-kedai makan, restauran , kedai runcit dan lain-lain kedai menerima tempahan dan menawarkan khidmat penghantaran dikawasan Tumpat, Pasir pekan, Wakaf Bharu dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan pelanggan dengan rasa yang pasti menambat hati.
BalasPadamJuga pelbagai jenis roti lain seperti roti manis, burger, berinti, pizza dan lain-lain.
Untuk tempahan, sila hubungi@Whatsapp kami:-
NH Baroqah :- 0196552035@0139466419