![]()  | 
| Beberapa anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan dalam Op Cantas Khas di Sungai Golok, Tumpat, Kelantan, semalam. | 
TUMPAT: Kawalan di sempadan 
Malaysia - Thailand di sepanjang Sungai Golok terus diperhebatkan oleh 
Pasukan Polis Marin (PPM) melalui Op Cantas Khas bagi mengekang aktiviti
 jenayah melintas sempadan.
Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, 
operasi tersebut dijalankan sepanjang masa bagi memastikan tahap kawalan
 di sempadan Malaysia - Thailand bermula di Kuala Takbai berada dalam 
keadaan terbaik.
Menurutnya, Op Cantas Khas tersebut yang dilakukan oleh PPM Wilayah 
Tiga Pengkalan Kubor itu turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis 
daerah (IPD) Tumpat, membuktikan kesungguhan anggota keselamatan 
menangani perlakukan jenayah.
"Kita akan terus meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan pangkalan
 haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok terutama dalam mengesan 
pergerakan mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah 
daripada menyusup keluar atau masuk ke negara ini.
"Walaupun jarak sempadan yang luas iaitu lebih 20 kilometer dan 
memberikan sedikit kesukaran, namun tidak mematahkan semangat anggota 
keselamatan untuk mengekang pergerakan penjenayah," katanya dalam sidang
 akhbar selepas Op Cantas Khas di Sungai Golok, semalam.
Yang turut dalam operasi tersebut, Ketua Polis Tumpat Supritendan 
Zaharudin Rasip dan Ketua Polis Marin Takbai, Leftenan Kolonel 
Wachiranon Nonna.
Azmi memberitahu, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Pasukan 
Polis Marin Takbai, Thailand yang turut sama menjalankan rondaan di 
sepanjang Sungai Golok.
Katanya, kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan antara 
dua negara, namun pada masa sama membantu mengekang jenayah di kawasan 
sempadan.
Sumber: Utusan Malaysia | Timur | 18 Sept. 2013 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan