KOTA BHARU: Mulai tahun ini, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada)
akan menuntut RM5 juta setahun daripada kerajaan Kelantan bagi kos
pembersihan lumpur yang tersangkut di rumah pam akibat aktiviti
pembalakan di negeri itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, surat mengenai perkara itu akan dihantar kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.
"Sebenarnya, sudah lebih 20 tahun kita menanggung kos itu dan kali ini kita akan tuntut daripada kerajaan negeri untuk sama-sama membayar kos itu selepas mendapat pengesahan daripada kontraktor kerja-kerja pembersihan lumpur.
"Ekoran aktiviti pembalakan, mendapan lumpur di dasar sungai dan paras air semakin cetek. Rumah pam tidak dapat menyalurkan bekalan air ke sekitar kawasan pertanian terutama kawasan tanaman sawah padi dan beberapa kawasan pertanian lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peladang Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Akibat aktiviti pembalakan itu, katanya sistem pengairan terganggu dan menyusahkan petani. Tajuddin berkata, lebih 500,000 penduduk di negeri ini bergantung kepada hasil pertanian dengan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM1,400 sebulan.
"Lebih 30,000 hektar tanah pertanian di negeri ini digunakan untuk tujuan penanaman padi, namun hasil yang dikeluarkan tidak memuaskan memandangkan masalah pengairan.
"Sekarang kita dapat mengeluarkan lima tan metrik bagi satu hektar dan jika sistem pengairan dapat dipertingkat, ia boleh meenghasilkan 10 hingga 15 tan metrik bagi satu hektar," katanya.
Beliau berkata, beberapa langkah telah diambil untuk mempertingkat pengeluaran hasil tanaman padi di negeri ini seperti meningkatkan paras air sungai dengan membina empangan rendah di Pasir Mas dan Tumpat untuk jangka masa pendek.
Bagi langkah jangka panjang, beliau meminta Pengerusi Kada Datuk Md Alwi Che Ahmad membentangkan kertas kerja bagi cadangan pembinaan empangan di Sungai Kelantan yang dianggar berharga RM500 juta. "Peruntukan itu bagi menyelesaikan keseluruhan masalah pengairan yang berlaku di negeri ini," katanya.

Sumber: BERNAMA | 22 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan