BESUT: Bermula tahun depan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat diakses menerusi kamus dalam talian sejagat Oxford's Global Language Solutions (GLS).
Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan berkata perkara itu direalisasikan menerusi kerjasama DBP dan Oxford University Press (OUP).
"OUP telah mengenal pasti Kamus Dewan sebagai kamus yang sesuai untuk program pelesenan dengannya bagi tujuan memenuhi khidmat kamus dalam talian sejagat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, di sini Jumaat.
Beliau berkata perjanjian mengenai kerjasama itu dijangka ditandatangani DBP dan OUP sebelum hujung tahun ini dan proses memasukkan data Kamus Dewan ke dalam pangkalan data OUP dijadualkan awal tahun depan.
"Dengan terlaksananya program kamus dalam sejagat itu, bahasa Melayu mendapat peluang dan ruang yang cukup luas untuk berkembang di peringkat antarabangsa apabila sesiapa sahaja di dunia dapat merujuk kepada Kamus Dewan," katanya.
Awang berkata program itu juga memberi peluang kepada DBP untuk mengemas kini Kamus Dewan dengan cepat dan pengguna tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan edisi terkini Kamus Dewan.
Sumber: BERNAMA | 13 Sept. 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan