DOMINO'S Pizza bakal membuka 15 cawangan baharu antaranya di Pantai Timur,
Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan nilai pelaburan RM7.5 juta
menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Pengurus Besar Domino’s Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree berkata, 15 cawangan itu melibatkan tujuh restoran di Pantai Timur iaitu tiga cawangan di Pahang dan dua cawangan masing-masing di Kelantan dan Terengganu dan selebihnya di Lembah Klang serta Pulau Pinang.
“Kami merancang untuk menambah cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara. Kami memilih Pantai Timur kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan,” katanya selepas memperkenalkan hidangan baru Domino's, Piza Sambal di Kuala Lumpur, semalam.
Shamsul berkata, Domino's menyasarkan keuntungan bertambah tahun ini dengan pelbagai pilihan menu baru. Mengulas kenaikan harga petrol baru-baru ini, Shamsul berkata, jualan Domino's dijangka tidak terjejas dan syarikat itu masih menyediakan khidmat penghantaran percuma kepada pelanggan.
Sementara itu, Piza Sambal ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu piza sambal veggie, piza sambal surf n turf dan tropical sambal prawn. “Pengenalan tiga menu baru ini dijangka menyumbang 39 peratus kepada hasil jualan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 13 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan