KUALA TERENGGANU: Lembaga Tabung Haji (LTH) akan bekerjasama dengan beberapa negeri lagi
untuk mencari lokasi yang sesuai bagi membina kompleks dan hotel bagi
keselesaan jemaah haji.
Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata adalah penting kompleks dan hotel itu terletak berhampiran lapangan terbang bagi memudahkan proses melapor diri, mendaftar masuk, pemeriksaan bagasi dan urusan imigresen para jemaah.
LTH kini memiliki lima kompleks haji iaitu di Kelana Jaya, Selangor; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Kota Kinabalu, Sabah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Alor Setar, Kedah. Manakala pembinaan kompleks haji di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dijangka siap pada 2016.
Penyediaan hotel berhampiran lapangan terbang juga dapat menyediakan kemudahan bilik penginapan untuk bakal jemaah haji sebelum mereka berlepas ke tanah suci, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu di sini hari ini oleh Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah.
Kompleks dan hotel tersebut terletak di kawasan seluas 3.08 hektar dengan kos pembinaan RM77.6 juta dan bakal mengendalikan lima penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke tanah suci untuk membawa 1,400 bakal haji musim ini.

Sumber: BERNAMA | 2 Sept. 2013 |
Nota kaki: Antara lapangan terbang negeri (state airport) yang perlu ada kemudahan kompleks haji ialah Lapangan Terbang Antarabangasa Kuching (Sarawak), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (Johor), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (Kelantan), dan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan (Pahang). Tiada keperluan kompleks haji di Lapangan Terbang Melaka (Melaka) dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (Perak) kerana jemaah haji masing-masing boleh mengambil penerbangan haji melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Selangor) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan