Pasar Beris Kubur Besar yang tidak terurus. |
BERIS KUBUR BESAR (BACHOK): Jika beberapa tahun lalu, Pasar Beris Kubur Besar memang terkenal dengan pusat jualan harian untuk penduduk sekitar Bachok, kini situasi itu berubah sejak peniaga berpindah ke pasar baru yang dibina 10 tahun lalu pada 2005.
Seorang peniaga ayam, Mohd Faidi Abdul Rahman, 39, berkata, selama 15 tahun dia berniaga, sambutan yang diterima di pasar baru itu agak kurang memuaskan berbanding di pasar lama sebelum ini.
Menurutnya, ia mungkin berpunca daripada kedudukannya yang agak tersorok dari jalan utama dan terletak di belakang bangunan lain.
“Dulu Pasar Beris ini memang terkenal dan jadi tumpuan orang ramai sebab ketika itu kedudukannya tepi jalan dekat simpang empat.
“Bila dah buat pasar baru di sini, perniagaan kami terjejas. Boleh tengok sendiri berapa orang yang datang berurus niaga. Mungkin sebab orang tak perasan kedudukannya yang agak tersorok di belakang bangunan lain,” katanya.
Wujud peniaga tepi jalan
Mohd Faidi berkata, sejak akhir- akhir ini, banyak gerai tepi jalan yang wujud menjual pelbagai barangan basah termasuk ikan, ayam, sayur dan sebagainya.
Katanya, apabila keadaan itu berlaku, pelanggan lebih selesa berhenti di tepi jalan berbanding masuk ke pasar untuk membeli keperluan mereka.
“Sedangkan segala barang keperluan itu ada di pasar. Bagi saya peniaga tepi jalan ini tak perlu sebab sedikit sebanyak kehadiran mereka menjejaskan peniaga pasar.
“Buat macam Terengganu, mereka tak benarkan peniaga tepi jalan yang boleh menjejaskan pemandangan dan boleh menyebabkan kesesakan di lokasi tepi jalan.
“Kalau tak nak hapuskan peniaga tepi jalan, pasar ini pun kena letak di tepi simpang empat macam pasar lama, baru peniaga dalam pasar boleh terus hidup,” katanya.
Menurutnya, walaupun pada Ramadan lalu bazar Ramadan di pekarangan pasar itu menjadi tumpuan ramai tetapi ia tidak banyak beza berbanding bulan lain.
Katanya, orang ramai hanya datang ke bazar Ramadan untuk membeli makanan siap dimasak dan bukan untuk membeli barang dapur lain.

Harapkan pelanggan tetap
Bagi peniaga sayur, Zabidah Mamat, 57, yang berniaga di situ lebih 20 tahun lalu berkata, sehingga kini hanya terdapat dua peniaga sayur-sayuran di pasar itu.
Menurutnya, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada pelanggan tetap di sekitar kawasan berkenaan.
“Agak susah juga sebab sejak akhir- akhir ini pendapatan dah banyak berkurangan berbanding dahulu. Tetapi saya tak ada pilihan lain dan hanya bergantung kepada perniagaan ini saja untuk sara keluarga,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan bersama suaminya, Ab Razak Mat Ali, 60.
Beliau berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan pasar itu dihidupkan semula dan menjadi tumpuan orang ramai, sekali gus menjana kembali pendapatan peniaga di situ.
Premis tidak terurus
Tinjauan Sinar Harian mendapati, pasar terbabit berpotensi untuk dimajukan kerana bangunannya amat besar tetapi tidak berpenghuni.
Ia juga dilengkapi dengan surau untuk kemudahan orang ramai tetapi terdapat beberapa kelemahan termasuk longgokan sampah yang diletakkan di tepi jalan dan saluran longkang yang tidak terurus hingga menimbulkan bau kurang menyenangkan.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Bachok, Mohd Shamsul Baharin Isa berkata, kehadiran penjaja mungkin menyebabkan jualan di Pasar Beris Kubur Besar merosot.
Katanya, berhampiran pasar itu juga terdapat pasar malam yang diadakan setiap minggu untuk menarik orang ramai berbelanja di situ.
“Tidak dinafikan juga faktor perbezaan harga yang ditawarkan peniaga pasar dan penjaja atau peniaga kawasan lain menjadi punca pelanggan kurang di situ,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Sept. 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan