Md Anizam (tengah) menjadi jurulerai semasa pertandingan silat di Festival Silat Kelantan, kelmarin. |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri berhasrat mengaktif dan menyelaraskan
gelanggang di setiap daerah di negeri ini bagi memartabatkan kesenian
silat Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk (B) Mejar Md Anizam Abd Rahman berkata, penambahan gelanggang tersebut penting dalam usaha menarik minat pelajar dan belia menyertai silat.
“Kerajaan negeri berhasrat untuk menghidupkan semula beberapa silat di negeri ini termasuk silat jatuh bagi setiap jajahan dan mengaktif serta menyelaraskan gelanggang di beberapa Dun.
“Seni silat ini mempunyai hala tuju ke arah menjadikan Kelantan sebagai negeri berbudaya dari dahulu hingga kini dan kerajaan negeri akan memastikan generasi muda termasuk pelajar serta belia menyertainya supaya ia tidak pupus,” katanya kepada sidang media selepas Festival Silat Kelantan di Gelanggang Seni, di sini, kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Pertubuhan Gabungan Seni Silat Kelantan (Waris), Dr Kamal Shah Abdullah Zawawi Sutan Rajo Sakti.
Md Anizam berkata, beberapa seni silat termasuk seni tari cantik atau silat tari inai juga akan diaktifkan semula dan pelbagai silat yang elok dipandang, selain menyihatkan badan serta mampu mengekalkan kesenian budaya Kelantan.
“Festival ini akan diadakan lebih meriah dan besar dengan menjemput lebih banyak penyertaan pada tahun hadapan dan ia akan dijadikan acara tahunan dalam usaha memartabatkan kesenian berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Kamal Shah berkata, Waris ditubuhkan sejak 2011 dengan kira-kira 3,000 jumlah ahli dengan gabungan 10 persatuan silat lain termasuk silat lintau, gayung tiga kalimah, gayungan gerakan satu, teralak tunggal, gayung warisan, warisan Ku Ngah, sekebun, gayung makrifat dan pesan sakti.
“Penglibatan 60 peratus wanita daripada jumlah keseluruhan ahli silat kira-kira 3,000 orang dalam silat lebih ramai berbanding lelaki kerana silat asas mudah dipelajari dan mudah dipraktikkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 7 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan