Tertuduh dikawal polis ketika keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, semalam. |
KOTA BHARU: Nasib seorang buruh akan diketahui 16 Julai depan selepas dia mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam atas tuduhan memiliki enam gram heroin di sebuah rumah di Bachok, 1 Jun lalu.
Tertuduh, Wan Amirul Fadil Wan Ghazali, 31, mengaku salah didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah di Taman Mesira, Kampung Budi, Bachok, pada jam 12.45 tengah hari.
Pendakwaan terhadapnya dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorhaslinda Che Seman.
Pada prosiding semalam, Ahmad Salam tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira tuduhan serius yang dihadapi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Noorhaslinda kemudian menetapkan sebutan semua pada tarikh itu untuk mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan.
Pada prosiding sama, tertuduh juga mengaku bersalah memiliki 3 gram dadah jenis metamphetamine pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Bagi tuduhan itu, dia boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun mengikut Seksyen 12(3) ADB 1952. Kes disebut serentak pada tarik sama.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 13 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan