Peniaga berkumpul di luar Pasar Siti Fatimah untuk pembayaran kos penyambungan elektrik. |
RANTAU PANJANG: ‘Rumah siap pahat berbunyi’. Pepatah Melayu ini sesuai
digambarkan dengan keadaan yang berlaku pada Pasar Baharu Siti Fatimah
dalam Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
Ia hampir menjadi projek ‘gajah putih’ apabila timbul pelbagai bantahan dan rungutan daripada peniaga, namun berjaya ditangani dengan tegas pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).
Dikhabarkan akan berlaku kekecohan pada hari terakhir (hari ini) selepas notis mengosongkan Pasar Besar Lama Rantau Panjang dikeluarkan pihak berkenaan.
Pihak polis dijangka membantu mengawal keadaan sepanjang proses akhir mengosongkan dan sita pasar lama tersebut.
Hal ini kerana sebahagian peniaga beranggapan mereka dianiaya namun berlainan pula dengan MDPM apabila mereka merasakan tolak ansur yang diberi sejak bangunan berkenaan siap disalah gunakan sehingga berlanjutan selama tiga tahun.
Peniaga bimbang mungkin alami kerugian
Dalam pada itu, peniaga di tingkat satu dan dua pasar baharu berkenaan bimbang kerana mereka mungkin mengalami kerugian, sama seperti peniaga di Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf.
Ramai peniaga gulung tikar kerana pengunjung tidak lagi membeli belah di sana dan hanya sebilangan peniaga tegar masih beroperasi di tingkat bawah bazar berkenaan.
Mungkin ada benarnya kerana selagi kemudahan lif dan tangga bergerak tidak disediakan di pasar baharu terbabit, ia mungkin mengurangkan kehadiran pengunjung.
Pastinya pengunjung lebih berminat untuk membeli-belah di tingkat bawah tanpa perlu menaiki tangga ke tingkat atas.
Selepas projek pembinaan baharu Pasar Siti Fatimah diumumkan, banyak pihak mula membuat permohonan kepada pihak berkenaan. Sikap tamak menyebabkan sebilangannya membuat permohonan menggunakan nama ahli keluarga lain.
Seorang peniaga membuat sekurang-kurangnya dua permohonan menggunakan nama suami atau isteri, anak dan cucu.
Ada juga peniaga dipercayai warga Thailand turut membuat permohonan namun menggunakan kad pengenalan Malaysia.
Ini menyebabkan ada peniaga yang layak tidak ditawarkan untuk berniaga di bangunan baharu sedangkan mereka lama bertapak di pasar lama sejak 1989.
Faktor inilah dikatakan antara punca peniaga di sini tidak mahu berpindah ke pasar baharu kerana itu sahaja punca pencarian mereka selama ini.
Gesa permohonan baharu dibuat semula
Peniaga yang tercicir tidak puas hati kerana mereka tidak mempunyai premis di pasar baharu, malah mereka mendakwa ada juga segelintir peniaga diberi hak berniaga di beberapa lot kedai menyebabkan timbul rasa marah.
Pelbagai bantahan dibuat agar pihak berkenaan menolak senarai dipersetujui pada 2011 lalu dan menggesa permohonan baharu dibuat semula.
Perbincangan demi perbincangan dilakukan antara wakil peniaga dengan MDPM dan jalan penyelesaiannya ialah semua peniaga di Pasar Lama Rantau Panjang perlu berpindah selepas masa diberi selama tiga tahun berakhir hari ini.
Peniaga turut mempertikaikan pembayaran yang terlalu tinggi kepada pihak kontraktor kerana mereka perlu melunaskan bayaran kepada dua kontraktor berbeza iaitu RM960 bagi peniaga di tingkat satu, manakala RM1,110 bagi premis di tingkat dua.
Mereka sedia maklum dengan bayaran perlu dilunaskan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), namun keliru apabila urusan pembayaran kos penyambungan elektrik daripada meter utama perlu diselesaikan sendiri oleh peniaga.
Mereka mendakwa, MDPM sepatutnya melunaskan sebarang bayaran kepada pihak kontraktor, bukannya peniaga.
Pasar Baharu Siti Fatimah
Pasar Baharu Siti Fatimah dirasmikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen pada 9 Oktober 2011, dengan perbelanjaan RM13.5 juta, memiliki 517 lot kedai, dijangka beroperasi secepat mungkin selepas notis mengosongkan pasar lama berkuat kuasa hari ini.
Sebelum ini, Pasar Lama Rantau Panjang mempunyai 298 peniaga, namun hanya sebilangan kecil tidak mendapat tawaran berniaga di pasar baharu. Bagi mengatasi masalah itu, pihak berkenaan menambah ruang daripada 317 kepada 517 lot kedai.
Semua jenis perniagaan termasuklah gerai kecil (kereta tolak) diberi peluang menjalankan perniagaan di sini, kecuali perniagaan berasaskan makanan bakar seperti ‘lokceng’, sate ikan serta sosej bakar.
Sebelum ini, setiap lot di pasar lama tidak teratur dan tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik menyebabkan keadaan panas.
Berbeza dengan pasar baharu, keselesaan lebih diutamakan kepada pengunjung dan peniaga apabila lot kedainya lebih sistematik, menarik serta tidak panas.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan