Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 25 Jun 2014

Kelantan juarai Majlis Tilawah al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan

SHAH ALAM: Peserta yang mewakili negeri Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara Majlis Tilawah al-Quran Braille peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, 22 Jun lalu.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan KL Braille Resource, Datuk Mah Hassan Omar berkata, PPAS menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja kepada orang awam malah kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Golongan OKU kini boleh memperoleh bahan bacaan dalam tulisan braille yang disediakan pihak pengurusan perpustakaan, katanya.

Menurut beliau, sebuah bilik khas di tingkat dua disediakan di perpustakaan yang menyediakan bahan bacaan khusus untuk mereka yang mengalami kecacatan penglihatan.

"Kalau dahulu, mereka terpaksa datang ke Brickfields untuk mendapat bahan bacaan, tetapi kini dengan kerjasama perpustakaan awam ini, urusan ini lebih mudah.

"Ramai orang cacat penglihatan yang berminat untuk mendalami al-Quran tetapi tiada kemudahan itu, maka kita ambil inisiatif ini untuk sediakan kepada mereka," jelas beliau.

Majlis yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali itu disertai 12 peserta dari seluruh negara. Turut hadir Pengarah PPAS, Mastura Muhammad.

Sumber: Harakah Daily | 25 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan