KUALA KRAI: Nasib baik bagi 1,920 ekor kura-kura katup kerana mereka tidak sempat dijadikan makanan eksotik.
Haiwan reptilia ini sempat diselamatkan daripada diseludup ke negara jiran oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pangkalan Kubor di Kampung Derdap, Tumpat pada Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad berkata haiwan-haiwan tersebut yang dianggarkan bernilai RM200,000 pada mulanya ditemui disembunyikan dalam sebuah lori.
"Pemeriksaan ke atas lori itu mendapati 160 bekas yang mengandungi 1,920 ekor kura-kura katup disembunyikan dalam timbunan tong ikan.
"Seorang suspek turut bertindak meninggalkan lori itu di pangkalan haram Che Aziz dan bertindak terjun ke Sungai Golok apabila menyedari kehadiran anggota UPP," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Mohammad Khairi berkata haiwan itu dipercayai dibawa dari Terengganu untuk diseludup ke negara jiran bagi dijadikan makanan eksotik.
Beliau berkata pihaknya percaya kegiatan menyeludup itu didalangi sindiket terancang.
Sumber: Bernama | 23 Jun 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan