Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 15 Jun 2014

Polis selesai tujuh kes curi motosikal di Pasir Puteh, Jerteh

PASIR PUTEH: Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal di daerah Pasir Puteh dan Jerteh, Terengganu berikutan tangkapan dua suspek lelaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata suspek berumur 21 dan 23 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Kemuning, Bukit Yong di sini, pada pukul 7 pagi Sabtu.

"Ketika menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari situ," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati sebahagian motosikal itu telah diubah suai bagi mengelirukan pihak polis.

Beliau berkata motosikal berkenaan dicuri di beberapa lokasi seperti pejabat kerajaan, bank dan pasar raya di daerah ini dan Jerteh.

"Polis percaya motosikal berkenaan akan dijual dengan harga antara RM300 dan RM500 sebuah kepada orang ramai," katanya.

Sumber: Bernama | 15 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan