KOTA BHARU: Projek pembinaan enam asrama sekolah di bawah Yayasan Islam
Kelantan (YIK) melibatkan kos RM5.73 juta pada keseluruhannya kurang
memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2.
Menurut laporan itu, antara kelemahan yang ditemui dalam pengauditan dijalankan antara Julai dan Oktober 2013, projek pembinaan dua buah asrama lewat disiapkan 73 hingga 142 hari selepas empat lanjutan masa (EOT) diluluskan manakala sebuah lagi asrama terlewat 394 hari tanpa kelulusan EOT.
Kelemahan lain adalah pengurusan pembinaan seperti pelan bangunan asrama tidak dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan, asrama diduduki walaupun kerja tidak siap sepenuhnya, surat kelulusan EOT lewat dikeluarkan dan pemantauan kerja tidak dilakukan secara berkala.
"Kualiti pembinaan kurang memuaskan dan pelaksanaan kerja tidak mengikut spesifikasi ditetapkan," menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Enam asrama tersebut ialah Maahad Muhammadi Gua Musang, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (P) Kota Baharu, Maahad Tahfiz Al-Quran Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Sekolah Menengah Ugama (A) Nahdatul Ulum Jeli, Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Rahmaniah Kuala Krai.
YIK adalah sebuah agensi kerajaan negeri Kelantan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran sekolah-sekolah agama di negeri ini dan sehingga akhir 2013 YIK mengurus tadbir 66 buah sekolah melibatkan 30,738 pelajar. Sehingga kini YIK mempunyai 39 asrama untuk menampung keperluan tempat tinggal 6,707 pelajarnya.
Bagi memastikan objektif pembinaan asrama tercapai dan untuk penambahbaikan, Jabatan Audit mengesyorkan YIK membuat pelantikan perunding mestilah mengikut prosedur dan peraturan sedia ada serta mempunyai surat perjanjian mengikut terma dan syarat.
Syor lain adalah melantik perunding lain yang berkecuali dan tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan projek sebagai Pegawai Penguasa.
Sementara itu, pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan Perdana Resort Sdn Bhd (PRSB) tidak memuaskan dengan mengalami kerugian sebelum cukai sejumlah RM0.81 juta pada 2011.
Menurut laporan itu, walaupun mencatatkan keuntungan sebelum cukai sejumlah RM4.66 juta pada 2012, keuntungan tersebut adalah berikutan penjualan tanah sejumlah RM5.43 juta kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan sehingga akhir 2012, kerugian terkumpul PRSB adalah sejumlah RM4.95 juta.
Selain itu, terdapat kelemahan dalam pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan antaranya kemudahan resort dan kualiti perkhidmatan kurang memuaskan, kadar penginapan purata tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, hasil pendapatan operasi tidak dapat menampung perbelanjaan operasi.
Pembangunan taman tema air tidak dilaksanakan, perancangan strategik yang memfokus kepada pelan jangka pendek dan jangka panjang tidak disediakan dan pencapaian terhadap Petunjuk Prestasi Utama tidak dilaporkan setiap enam bulan sekali.
Kelemahan lain adalah penyata penyesuaian bank bulanan tidak disediakan, hasil kutipan lewat dimasukkan ke bank, daftar aset tidak lengkap, aset tidak dilabel, pemeriksaan fizikal tidak dijalankan dan prosedur pengurusan aset tidak disediakan, dan penyelenggaraan baucar penginapan percuma tidak teratur.
Bagi tujuan penambahbaikan dan mempertingkat prestasi syarikat, pihak Audit antaranya mengesyorkan PRSB meningkatkan prestasi kewangan syarikat dengan menambah hasil pendapatan serta berbelanja secara cekap dan berhemat di samping memperbaiki kualiti perkhidmatan ke tahap memuaskan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Sumber: Bernama | 16 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan