Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 6 Jun 2014

RM1.1 juta untuk wujudkan pusat hemodialisis di Bachok

BACHOK: Kementerian Kesihatan membelanjakan kira-kira RM1.1 juta untuk mewujudkan sebuah Pusat Hemodialisis Komuniti bagi kemudahan pesakit buah pinggang di daerah ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pusat itu diwujudkan di sebuah bangunan yang diubah suai di Klinik Kesihatan Mahligai di sini.

"Kerja pengubahsuaian bermula Oktober lepas dan siap sepenuhnya bulan lalu melibatkan kos RM789,000 manakala RM333,352 lagi adalah pembelian peralatan yang diperlukan pesakit," katanya selepas solat hajat sempena pembukaan rasmi pusat itu di sini Jumaat.

Dr Ahmad Razin berkata sebelum ini, pesakit buah pinggang di daerah itu yang memerlukan rawatan hemodialisis, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu atau Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana daerah ini belum mempunyai hospital.

Beliau berkata pusat hemodialisis itu ialah rangkaian daripada perkhidmatan nefrofologi HRPZII untuk memberi kemudahan rawatan secara berkala kepada pesakit setempat dalam jarak yang lebih dekat.

Dr Ahmad Razin berkata pusat yang beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang itu disediakan dengan lima mesin dialisis dan enam petugas iaitu dua penolong pegawai perubatan, dua jururawat dan dua pembantu kesihatan.

Setakat ini, 16 pesakit buah pinggang telah mendaftar untuk mendapatkan rawatan di pusat itu, katanya.

Beliau juga berkata sehingga April lepas, 1,023 pesakit kronik buah pinggang, menjalani rawatan hemodialisis di Kelantan.

Sumber: Bernama | 6 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan