Mohd Amar (dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Yang Dipertua MDPP, Mat Jusoh Hussin (kanan) dengan Ketua Pengarah Eksekutif Pingat Harmoni Sdn Bhd, Md Rasid Mohamad. |
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berharap pembinaan jajaran lebuh raya baharu menghubungkan Singapura dan
negara Indo-China dilaksanakan secepat mungkin.
Katanya, lebuh raya yang akan melalui Kelantan itu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.
“Saya sudah mendapat maklumat awal mengenai pembinaan lebuh raya yang akan dilaksanakan Kerajaan Persekutuan itu dan yang menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat memulakan pembinaannya di negeri ini.
“Saya difahamkan lebuh raya itu bermula di Sungai Ris, Singapura iaitu lokasi jambatan kedua negara itu dan ia bersambung dengan Lebuh Raya Pantai Timur," katanya.
Mohd Amar berkata, ia memasuki Kelantan melalui Tok Bali, Pasir Puteh, Bachok serta Pengkalan Kubor, Tumpat dan memasuki Thailand sehingga ke Vietnam dan mungkin ke China.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Di Antara Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Dengan Syarikat Pingat Harmoni Bagi Projek Pembangunan Bercampur Di Mukim Semerak, Pasir Puteh di Hotel Perdana, di sini, semalam.
Menurutnya, jika lebuh raya itu menjadi kenyataan, ia semestinya membantu pertumbuhan ekonomi negeri ini dan menarik kedatangan lebih ramai pelancong.
“Sebahagiannya akan melibatkan pengambilan tanah, manakala sebahagian hanya membabitkan penggunaan tanah untuk tiang kerana lebuh raya itu nanti lebih banyak menggunakan jalan atas.
“Saya membayangkan lokasi jalan susur keluar dari lebuh raya itu akan membangun sekali gus menjadikan negeri ini lebih padat kegiatan ekonominya.
“Kita amat bersetuju pembinaan lebuh raya ini dan kerajaan negeri tunggu taklimat rasmi dan maklumat terperinci mengenainya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan