Azaizuree (duduk,dua kanan) dan Asri (duduk,dua kiri) bersama barisan pesertanya yang menyertai Kejohanan Gusti Lengan Terbuka Kedah di Alor Setar, baru-baru ini. |
TIGA atlet Kelantan melakar kejutan tersendiri apabila
membawa pulang tiga pingat sempena Kejohanan Gusti Lengan Terbuka Kedah
2014 yang berlangsung di Alor Setar, baru-baru ini.
Mohd Zawawi Hussin, 42, yang beraksi dalam kategori 80 kilogram (kg) membuktikan kegagahannya untuk muncul juara sekali gus menghadiahkan pingat emas buat Kelantan.
Penyertaan buat kali kedua Mohd Khusairi Sibam, 23, dalam pertandingan tersebut tidak menghampakan biarpun sekadar membawa pulang perak setelah kalah kepada lawan dalam final kategori 70 hingga 80 kg.
Satu lagi pingat Kelantan disumbangkan oleh Mohd Noh Ghazali, 28, yang merangkul gangsa pada penampilan kali pertamanya pada kejohanan tersebut dalam kategori bawah 70 kg.
Presiden Sukan Lengan Kelantan, Azaizuree Ahmad berkata, kontinjen Kelantan menghantar seramai 10 atlet terbaik mereka bagi menyertai kejohanan gusti lengan pada kali ini.
“Penyertaan mereka jelas tidak menghampakan, apabila ketiga-tiga atlet berkenaan berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa sekali gus mengharumkan nama negeri ini.
“Bagi saya, kutipan tiga pingat ini boleh dikatakan satu pencapaian membanggakan bagi kontinjen Kelantan.
"Terbukti atlet kita mampu memberi saingan dan mencipta kejayaan dalam pertandingan luar negeri,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Menurutnya, seramai 56 atlet menyertai kejohanan tersebut melibatkan penyertaan lima negeri seperti Kelantan, Perak, Selangor, Perlis selain tuan rumah, Kedah.
Turut memberi sokongan pada atlet gusti lengan adalah Dewan Pemuda Pas Kelantan diwakili oleh Naib Ketua Pemuda, Asri Daud dan New Fort Gym & Resources yang menaja barisan atlet gusti lengan tersebut.
Sementara itu, Kelantan turut meraih perak pada penyertaan Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia yang berlangsung di Kompleks Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya baru-baru ini.
Pingat tunggal Kelantan pada kejohanan tersebut diperoleh menerusi atlet yang sedang meningkat naik, Syahmi Samuri, 19, setelah meraih gelaran naib juara bagi kategori junior bawah 70 kg.

Sumber: Sinar Harian | Sukan | 24 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan