Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 25 Jun 2014

35 peratus Orang Asal di Kelantan beragama Islam

KOTA BHARU: Hasil gerakan dakwah secara berterusan kira-kira 35 peratus daripada 13,761 penduduk Orang Asal yang tinggal di pedalaman Kelantan kini menganut agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (gambar) berkata, gerakan digembling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) dengan kerjasama pelbagai pihak.

Antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asal (Jakoa), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan kumpulan jemaah Tabligh.

Kerajaan negeri juga melantik seramai 12 mualim yang bertugas di penempatan Orang Asal di kawasan pedalaman.

“Sehingga sekarang sebanyak tujuh rumah dibina bagi menempatkan mualim di kawasan penempatan Orang Asal bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti dakwah.

Setiap hari mualim menziarahi rumah-rumah penduduk. Selain itu mengajar fardhu ain dan kelas-kelas al-Quran,” katanya menjawab soalan Abdul Aziz Yusof (BN-Galas) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga pelbagai usaha lain dijalankan di penempatan Orang Asal termasuk Ihya Ramadan, majlis Hari Raya, ibadat korban dan tajaan mengerjakan ibadat umrah oleh Yayasan Sultan Kelantan.

Selain itu membiayai persekolahan tiga anak penduduk Orang Asal belajar di Maahad Muhammadi Gua Musang dan menyertai tilawah al-Quran kalangan saudara kita.

Menjawab soalan tambahan Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) Nassuruddin berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau tindakan pihak tertentu membawa masuk arak ke penempatan Orang Asal yang beragama Islam.

Kerajaan negeri juga berharap mendapat kerjasama Adun Galas bagi memantau gerakan Kristian yang menyinap masuk ke penempatan Orang Asal di pedalaman Gua Musang,” kata menjawab soalan tambahan Abdul Aziz.

Sebelum itu wakil rakyat terbabit mendakwa seramai 1,155 penduduk Orang Asal kini menganut agama Kristian dan terdapat tujuh gereja

Sumber: Harakah Daily | 24 Jun 2014 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan