Ahmad menandatangani plat sempena perasmian bangunan baharu tersebut. |
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob berkata, dua agensi tersebut juga penting dalam pembangunan ummah dan menyebar dasar-dasar membangun bersama Islam kerajaan negeri.
“Ini bukti pengurusan pentadbiran penting dan ia mencerminkan tahap profesional yang diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan kepentingan rakyat.
“Terletak di lokasi strategik dan mudah diakses ia bakal jadi pusat tumpuan pada masa depan. Bangunan sudah lama dibeli daripada biarkan begitu sahaja lebih baik digunakan untuk manfaat bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baharu Tabung Amanah Tok Kenali dan Majlis Penghulu Negeri di Bangunan Syabab Point di sini, kelmarin.
Bangunan Syabab Point yang dibeli dengan nilai RM4.5 juta pada awalnya hanya menempatkan Pejabat Pemuda Pas yang beroperasi pada 2011, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) negeri pada Februari lalu, dan terbaru Tabung Amanah Tok Kenali dan Majlis Penghulu.
Tambahnya, ia bukti tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan mereka dan juga meletakkan nilai-nilai Islam sebagai agenda pentadbiran.
“Tabung Amanah Tok Kenali menjalankan program pembangunan insan, bukti kita serius melaksanakan agenda pembangun berasaskan kepada syariat Islam.
“Majlis Penghulu turut berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan. Mereka perlu aktif menyebar dasar-dasar kerajaan dan sebarang isu yang berlaku. Saya yakin jika ia dilaksanakan sebagai mungkin isu-isu semasa akan difahami lebih pantas oleh rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan