Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 7 Jun 2014

Miliki 165 pil kuda: Peniaga kedai runcit di Kota Jembal@Kedai Lalat didenda

Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan pada Disember 2012. 
KOTA BHARU: Seorang peniaga didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki 165 pil kuda, Jun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Nik Mohd Lizam Nik Ismail, 41, dari Lorong Masjid Pulau Melaka Hilir, di sini.

Tertuduh berdepan dakwaan memiliki 165 pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 16.5 gram di sebuah kedai runcit Jalan Kedai Lalat Sering, di sini pada jam 6.30 petang, 6 Jun lalu.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali menasihatkan tertuduh menginsafi perbuatannya dan bersyukur kerana tidak berdepan hukuman gantung.

“Tidak dinafikan kesempitan hidup boleh menyebabkan manusia tersilap langkah. Pun begitu, niat tidak menghalalkan cara. Walaupun susah, rezeki yang dicari mestilah halal,” katanya.

Peguam belanya, Ahmad Nuri Abd Rahman sebelum itu memohon hukuman ringan dikenakan ke atas Nik Mohd Lizam kerana dia perlu menyara isteri dan lapan anak mereka selain seorang bapa yang sudah tua.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 12 Disember 2012

NIK MOHD LIZAM BIN NIK ISMAIL | TAUKE PIL KUDA | KEDAI LALAT | KOTA JEMBAL | NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA | PIL KUDA = DADAH | PENGEDAR PIL KUDA ADALAH PENGEDAR DADAH | PENAGIH PIL KUDA ADALAH PENAGIH DADAH 

1 ulasan: