Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 26 Jun 2014

Kelantan gagal berdakwah di perkampungan Orang Asli

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan dibidas kerana tidak komited melaksanakan program dakwah di perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang sehingga menyebabkan jumlah penganut Kristian dalam kalangan masyarakat itu semakin bertambah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff berkata, sebanyak 12 pendakwah atau lebih dikenali sebagai ‘mualim’ dilantik gagal menjalankan tugas mendampingi golongan mualaf bagi mengukuhkan pegangan mereka terhadap Islam.

Kebanyakan mualim tersebut, jelas beliau, tidak menetap di perkampungan Orang Asli sebagaimana didakwa kerajaan negeri, sebaliknya sekadar menjenguk masyarakat itu beberapa hari dalam sebulan.

"Ketika Kelantan yang merupakan sebuah negeri membangun bersama-sama Islam di bawah kepimpinan ulama, setakat ini, sudah ada lebih tujuh gereja di perkampungan Orang Asli dengan jumlah penduduk yang memeluk Kristian mencecah 1,155 orang.

"Saya rasa ini menampakkan kepada rakyat bahawa kerajaan gagal mengajak masyarakat Orang Asli untuk memeluk Islam," katanya ketika ditemui di luar Sidang DUN Kelantan semalam.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 25 Jun 2014 | Terbitan 26 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan