Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 26 Jun 2014

Landasan kereta api Gemas - Gua Musang ditutup untuk dibaik pulih

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepakat memutuskan landasan sektor Gemas - Gua Musang, ditutup atas faktor keselamatan untuk kerja baik pulih.

Keputusan ini dicapai selepas lawatan kerja sehari membabitkan kedua-dua agensi itu untuk melihat tahap keselamatan di 11 lokasi kritikal di landasan berkenaan, semalam. 

Lawatan kerja itu diadakan untuk membolehkan mereka melihat dan menilai sendiri keadaan landasan itu, antara tertua negara yang kali terakhir dinaik taraf pada 1981

Kerajaan baru-baru ini sudah meluluskan peruntukkan RM400 juta untuk menaik taraf laluan Gemas - Gua Musang sepanjang 322 kilometer. Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api dari Gua Musang - Tumpat akan beroperasi seperti biasa.

Kira-kira 500,000 penumpang menggunakan Ekspres Senandung Wau dan Ekspres Senandung Timuran pada 2013, sebahagian besar daripada alirannya dipercayai berlaku pada musim perayaan. 

Sumber: Berita Harian | Nasional | 23 Jun 2014 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan