Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 24 Jun 2014

UMK bakal jadi universiti terbesar di Kelantan menjelang 2020

KOTA BHARU: Bilangan penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dijangka meningkat kepada 15,000 orang apabila projek pembangunan fizikalnya terutama kampus induk di Bachok selesai menjelang 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Menteri Mentor UMK, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah penuntut di tiga kampus UMK iaitu Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli kini mencecah 6,500 orang.

Sementara itu, katanya, dalam pengambilan pada September nanti, sebanyak 3,000 lagi penuntut baharu dijangka mendaftar.

"Universiti Teknologi Mara (UiTM) di dua kampus iaitu di Machang dan Kota Bharu kini mempunyai lebih 6,000 pelajar manakala cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian pula dalam 2,000 pelajar.

"Cawangan Universiti Malaya (UM) di Nilam Puri pula memiliki kira-kira 400 pelajar. Sehubungan itu, UMK bakal menjadi universiti terbesar di Kelantan menjelang 2020," katanya di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia | 22 Jun 2014 | Terbitan 23 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan