Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 26 Jun 2014

Gantung lesen setahun jika langgar syarat berniaga

TUMPAT: Peniaga di bazar Ramadan yang dikenakan notis saman apabila melanggar syarat perlesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan Daerah ini akan digantung lesen penjaja sementara selama setahun.

Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat (MDT), Mohd Nawawi Adam berkata, ia berkuat kuasa Ramadan ini dan mana-mana peniaga yang dikenakan notis saman itu mereka tidak akan  dibenarkan berniaga untuk Ramadan tahun hadapan.

Notis saman itu sama ada daripada MDT atau pun ketika pemeriksaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

Notis saman ini dikeluarkan bagi peniaga yang tidak pamerkan lesen, tidak menjaga kebersihan dan melanggar syarat berniaga sebelum jam 3 petang.

Jika ada peniaga dikenakan notis saman, mereka tidak akan dibenarkan berniaga di bazar Ramadan tahun hadapan, hanya setahun lesen digantung dan selepas itu dibenarkan berniaga semula setelah memohon lesen penjaja sementara ini dengan MDT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Taklimat dan Penyerahan Lesen Penjaja Sementara Bazar Ramadan Kawasan Pasar Besar Wakaf Bharu, semalam. Penyampaian lesen tersebut disempurnakan oleh Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Mohd Nawawi berkata, pihaknya memaklumkan lebih awal berkaitan pergantungan lesen tersebut agar peniaga lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan dan berdisiplin.

Katanya, tindakan berkenaan adalah untuk mendidik peniaga supaya tidak melakukan kesalahan pada masa akan datang.

Jangan ada peniaga yang gerainya kotor, tidak memakai apron, menjual makanan kitar semula yang tidak habis dijual kerana semua itu boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada pengguna,” katanya.

Sebanyak 216 tapak gerai di bazar Ramadan Wakaf  Bharu disediakan oleh MDT termasuk 74 gerai kuih-muih, 51 gerai minuman, 59 lauk pauk dan 32 gerai lauk bakar.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 26 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan