Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 6 Jun 2014

AADK Kelantan tahan 150 penagih dadah dalam 'Ops Perdana'

KOTA BHARU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan telah menahan 150 penagih dadah termasuk seorang wanita dalam 'Ops Perdana' di seluruh negeri itu, Rabu. Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri, Siti Rugayah Ismail berkata seramai 592 orang diperiksa dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 3 petang itu.

"Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 14 dan 65 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine dan Opiate," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Menurutnya operasi melibatkan 288 anggota pelbagai agensi penguat kuasa itu pertama kali diadakan bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang didapati semakin berleluasa di negeri ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sumber: Bernama | 5 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan