Muhammad Nabilah bersama anaknya, Puteri Elias Ramadania sejurus tiba di Tok Bali, semalam. |
PASIR PUTEH: Empat sekeluarga dalam satu bot termasuk kanak-kanak
perempuan berusia dua tahun tersesat di lautan selama 13 jam selepas
gagal menemui arah akibat kabus tebal luar biasa ketika dalam perjalanan
pulang ke kampung mereka di Pulau Perhentian, Besut.
Mangsa, Muhammad Nabilah Muhamad Roslan, 26, berkata, dia pada mulanya berhasrat untuk bermalam di rumah saudara di Kuala Besut, tetapi terpaksa membuat keputusan balik ke rumah di pulau itu yang jaraknya kira-kira 14 batu nautika selepas anaknya asyik menangis kerana mahu tidur bersama ibunya.
Dia bersama anaknya, Puteri Elias Ramadania, 2, adiknya, Muhammad Ashraf, 14, dan anak saudara, Mohd Faizan Syukri, 14, berlepas dari Jeti Kuala Besut jam 9 malam kelmarin, dengan menaiki bot fiber milik sendiri.
Muhammad Nabilah yang memandu bot itu berkata, selepas keluar dari kuala, dia gagal melihat petanda seperti kelipan lampu di Pulau Perhentian kerana kabus terlalu tebal.
“Saya meredah kabus untuk mencari petanda tetapi semakin ke tengah laut. Kabus semakin tebal sehingga saya benar-benar hilang arah. Dah tak tahu arah mana untuk berpatah balik.
“Pada waktu tengah malam, kami mula kelaparan. Susu anak saya juga kehabisan. Nasib baik ada beberapa botol air mineral yang kami bawa untuk dikongsi bersama,” katanya sejurus tiba di Jeti Operasi Maritim di Tok Bali di sini, jam 11.15 pagi semalam.
Katanya, ada ketika dia terpaksa mematikan enjin bot untuk menjimatkan bahan bakar kerana risau akan hanyut lebih lama dan pada ketika dikira sesuai dia memandu bot mencari bot nelayan untuk meminta pertolongan.
Sepanjang berada di lautan, dia cuba meminta pertolongan beberapa bot nelayan tetapi tidak berjaya sehinggalah satu bot tempatan dengan awak-awak Thailand menghampiri kira-kira jam 9 pagi semalam dan menundanya ke Pulau Perhentian.
“Saya sempat menghubungi bapa saya malam tadi (malam kelmarin) untuk memberitahu kejadian itu dan tidak lama selepas itu saya gagal berbuat demikian kerana telefon bimbit tiada liputan, ketika itu saya sedar saya sudah terlalu jauh dari pulau,” katanya.
Muhammad Nabilah berkata, itu pengalaman paling menakutkan walaupun sudah lebih 12 tahun bekerja sebagai pemandu bot pelancong ke Pulau Perhentian.
Sementara itu, Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Tok Bali (DM10), Leftenan Maritim Elmi Shafik Mohd Sharif berkata, petugas operasi DM10 menerima aduan daripada pegawai Jabatan Taman Laut Pulau Perhentian mengenai kejadian itu.
Katanya, Bot Penyelamat 7 yang diketuai Pegawai Waran II, Muhiddin Rahim diarah keluar mencari dan menyelamat sebelum menemui bot mangsa yang ditunda bot nelayan.
“Mereka tersesat sejauh 47 batu nautika dari Pulau Perhentian iaitu berhampiran Pelantar Minyak Lawit, Bot Penyelamat 7 kemudiannya membawa keempat-empat mangsa ke Jeti Operasi Maritim di Tok Bali,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan