KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mewujudkan pusat latihan khusus di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Kelantan bagi melatih guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu membolehkan perancangan yang lebih tersusun dan komprehensif untuk melatih guru-guru dengan kemahiran khusus bagi penempatan di SDH.
Saya juga mengucapkan terima kepada Kementerian Kesihatan di atas komitmen menyediakan ruang untuk SDH di bangunan-bangunan baharu hospital yang mempunyai kapasiti 500 katil atau lebih," katanya semasa berucap merasmikan SDH Fasa 2 dan Fasa 3 di Hospital Selayang di sini hari ini.
Ketika ini, terdapat 10 SDH di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara dengan seramai 40,568 murid pesakit telah memanfaatkannya.
Sumber: Utusan Online | 18 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan