MACHANG: Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Kelantan Kampus Machang mencatatkan sejarah
apabila menerima kemasukan sulung enam pelajar Orang Asli yang
menyambung pengajian di peringkat diploma bermula 1 Jun lepas.
Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM berkenaan, Prof Madya Dr Nik Kamarulzaman Abdul Latif berkata mereka mengambil jurusan Praperdagangan selama enam bulan sebelum diserapkan ke peringkat diploma.
"Kita akan dampingi mereka menerusi projek "Tunas Mekar" yang ditubuhkan oleh UITM untuk membantu dan memastikan mereka dapat meneruskan pengajian sehingga tamat, tanpa halangan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pelajar berkenaan ialah Anisa a/p Mat Noor, Ema Sariyal Roslan, Zila a/p Roslan, Mustafa a/l Along, Onudier a/l Ago dan Intosa a/l Along Adil. Semua mereka berasal dari Gua Musang.
Nik Kamarulzaman berkata, menerusi Tunas Mekar mereka sentiasa didampingi pensyarah dan kakitangan UiTM sebagai anak angkat.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama dan sukar untuk mencari pelajar dari kalangan anak Orang Asli yang berpotensi untuk menyambung pengajian di UiTM berkenaan.
Sementara itu, seorang pelajar terbabit, Ema Sariyal, 18, ketika ditemui berkata beliau bersyukur dapat memasuki UiTM yang menjadi cita-citanya sejak kecil lagi.
"Sekarang cita-cita saya sudah tertunai dan saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin," katanya.
Ema anak kedua daripada tujuh adik berasal dari perkampungan Orang Asli Kuala Betis dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gua Musang.
"Saya bercita-cita untuk mengubah nasib masyarakat Orang Asli yang kini masih mundur dalam pelbagai bidang termasuk dalam pendidikan tinggi sebaik tamat pengajian kelak," katanya.

Sumber: Bernama | 20 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan