Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 25 Jun 2014

Sidang DUN Terengganu: LPT 2 (Jabor - KT) siap Disember ini

PEMBINAAN Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT 2) sepanjang 184 kilometer yang menghubungkan Jabor, Kemaman ke Kuala Terengganu dijangka bakal siap sepenuhnya menjelang Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, YB Ir Rosli Othman, berkata pembinaan LPT2 yang dianggarkan menelan belanja RM4.25 billion hanya tinggal beberapa pakej sahaja yang belum selesai.

“Pembinaan LPT 2 hampir siap dan cuma tinggal tiga atau empat daripada 15 pakej yang belum siap dan ia akan lengkap sepenuhnya pada Disember tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan  YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar ( Air Putih-BN) Air di Sidang DUN, hari ini.

Rosli (Kemasik-BN) berkata, kerajaan negeri turut berpuas hati dengan ciri keselamatan di LPT 2 termasuk membabitkan aspek reka bentuk, kecerunan, pencahayaan dan kaki lima.

“Untuk makluman, reka bentuk LPT 2 mempunyai ciri keselamatan lebih baik daripada fasa satu daripada semua aspek termasuk pencahayaan, kaki lima dan kecerunan.

“Daripada aspek kerja, kerajaan amat berpuas hati dengan hasilnya kerana memiliki ciri keselamatan yang baik,”katanya.

Sementara itu, beliau yang menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Sabri Mohd Noor (Langkap-BN) yang ingin tahu sama ada LPT akan diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan selepas siap kelak, memberitahu pembinaan LPT 2 adalah unik kerana ia ditanggung oleh Kerajaan Pusat dan negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembahagian hasil itu nanti berdasarkan sumbangan kedua-dua pihak dalam pembinaan LPT 2 yang akan ditentukan selepas selesai urusan akaun nanti.

“Kita anggarkan kos LPT 2 akan mencecah RM4.25 dan kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM1.8 billion daripada peruntukan dana khas. Dari segi nisbah pembahagian, sumbangan kerajaan negeri akan diambil kira dan akan ditentukan oleh berapakah jumlah diperuntukkan dalam pembinaan.

Alasan kenapa kerajaan negeri turut menyumbang kos yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Pusat adalah untuk mempercepatkan pembinaan LPT 2,” katanya.

Sumber: http://teganukita.my | 15 April 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan