Kedua-dua pasangan itu akan ditahan sementara kes disebut semula. |
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
selepas dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, kelmarin, atas
tuduhan mengedar heroin dan metamphetamine di Kemumin, 11 Jun lalu.
Tuduhan terhadap Shudi Hussian Che Salleh, 56, dan Roslinda Shafii, 42, dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.
Mereka didakwa pada tuduhan pertama mengedar dengan anggaran berat kasar 57 gram heroin di sebuah rumah di Cabang Tiga Panji Jalan Sabak, Kampung Panchor, Kemumin, di sini, pada jam 11.30 pagi.
Pada tuduhan kedua, mereka didakwa mengedar dengan anggaran berat kasar 220 gram metamphetamine pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Kedua-dua dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sementara pada tuduhan ketiga, mereka didakwa memiliki dengan anggaran berat kasar 2 gram syabu pada tarikh itu. Bagi tuduhan itu, mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 1 September depan. Mereka tidak dibenarkan diikat jamin.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan