KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan tuntutan
royalti minyak terhadap Kerajaan Pusat dari lima kepada 20 peratus, kata
Pengerusi Kerajaan Tempatan,Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar,
Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri fokus terhadap tuntutan royalti lima peratus setahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian 1975.
"Kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO Royalti dan NGO lain yang mahu Pusat beri 20 peratus royalti, bagi Kerajaan Negeri, kita memfokuskan untuk mendapatkan apa yang terkandung dalam perjanjian. Kita harap Pusat melaksanakan apa yang dipersetujui," katanya dalam sidang Dun, hari ini.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan