Suspek kedua berusia 53 tahun adalah abang kepada Zaruna. |
KOTA BHARU: Dua lelaki dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu
siasatan berhubung insiden seorang jurufoto akhbar yang cedera dibelasah
di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini, kelmarin.
Reman empat hari terhadap suspek berusia 45 dan 53 tahun itu dibuat di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norida Mohd Husin.
Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 427 KK kerana menyebabkan bencana kepada harta benda.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Kormisioner Azham Othman mengesahkan reman. “Suspek berusia 45 tahun ditahan di tempat kejadian, manakala suspek berusia 53 tahun ditahan, semalam (malam, kelmarin). Kedua-duanya akan ditahan sehingga 22 Julai ini,” katanya.
Kelmarin, jurufoto berkenaan cedera ditumbuk bertubi-tubi di muka dan dipijak di kepala oleh dua lelaki ketika menjalankan tugasnya mengambil gambar Zaruna Yusoff,42, yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi, di sini, kerana kesalahan mengedar 54.72 gram herion, 21 Januari 2013.
Mangsa tiba-tiba diserang dua lelaki ahli keluarga kepada tukang jahit itu dengan ditumbuk bertubi-tubi di muka sebelum bergelut dan terjatuh. Seorang lagi suspek pula memijak mangsa di kepala.
Jurufoto berkenaan, mengalami lebam dan bengkak di kepala, luka di siku dan pipi serta sakit pada bahu. Kamera yang bernilai RM18,000 turut berkecai akibat terhempas di jalan tar ketika cuba dirampas seorang suspek.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan