Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 24 Jun 2014

Penutupan landasan kereta api Pantai Timur: SPAD zalimi pekerja, rakyat Pantai Timur


KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengekalkan penutupan landasan Gua Musang - Gemas pada 27 Jun ini disifatkan sebagai zalim.


Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB), Abdul Razak Md Hassan berkata, SPAD tidak perihatin dengan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk rakyat di Pantai Timur.

"Kesatuan melahirkan dukacita dengan keegoan SPAD yang masih mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang - Gemas.

"Tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan malah melibatkan ratusan ribu penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi, apatah lagi musim perayaan yang akan tiba nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengecam tindakan SPAD yang tidak pernah berbincang dengan KPPTMB berhubung keputusan tersebut.

"Kami hanya menerima salinan surat melalui fak memaklumkan perkara tersebut, SPAD tidak pernah memanggil kita (KPPTMB) untuk berbincang.

"SPAD bukan sahaja menzaliman pekerja KTMB tetapi turut tidak menghormati kesatuan apabila tiada perbincangan dilakukan," sambung beliau.

Abdul Razak turut memberitahu, satu piket akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat SPAD pada 26 Jun jam 5 petang sebagai bantahan penutupan operasi kereta api Gua Musang - Gemas.

Selain Kuala Lumpur, piket turut diadakan di Gemas, Kuala Lipis dan Gua Musang pada 28 Jun ini.

Penutupan landasan selama dua tahun ini akan bermula pada 27 Jun ini turut menjejaskan hasil KTMB sekurang-kurangnya RM100 ribu sehari. 

Sumber: Harakah Daily | 24 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan