Gambar hiasan: Jejambat Pasir Mas di bandar Pasir Mas, Kelantan. |
KOTA BHARU: Janji anggota parlimen Barisan Nasional
(BN) Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk membina laluan
bertingkat (jejambat) melintasi landasan kereta api di Tanah Merah belum menjadi
kenyataan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih lagi menunggu janji pemimpin terbabit.
“Malah ketika saya berjumpa dengan anggota parlimen terbabit baru-baru ini beliau menyebut peruntukan sudah ada.
“Namun sehingga ke hari ini belum ada hitam putih lagi projek berkenaan. Kita masih tunggu sehingga sekarang. Saya harap Adun BN yang ada di Dewan Negeri memperingatkan kembali wakil rakyat terbabit,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh) pada persidangan Dun hari ini.
Sebelum ini kerajaan negeri membina laluan bertingkat melintasi landasan kereta api di Pasir Mas selepas janji yang ditabur pemimpin Umno tidak dilaksanakan.
Projek tersebut tidak disenaraikan kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membinanya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Pasir Mas.
Semasa kempen pilihan raya umum lepas orang ramai di Tanah Merah memberitahu pemimpin Umno terbabit menjanjikan projek membina jejantas melintasi landasan kereta api.
Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri masih lagi menunggu keputusan Kerajaan Pusat sama ada mahu meneruskan projek berkenaan atau sebaliknya.
“Kalau Kerajaan Pusat tidak berminat membinanya, kerajaan negeri berusaha mencari peruntukan untuk dimasukkan ke dalam bajet tahunan,” ujarnya.
Sementara itu menjawab soalan Zulkifle Ali (BN-Selising) Abdul Fattah berkata, stadium sukan di Bukit Merbau Selising akan dibina dengan kerjasama sebuah syarikat. Katanya, pembinaan stadium itu dibuat menggunakan konsep siap baru bayar.
Bagaimanapun katanya, beberapa pengubahsuaian dilakukan termasuk kapasiti penonton dikurangkan kepada 35,000 orang.
“Bagaimanapun tapak struktur tapaknya boleh diperbesarkan pada bila-bila masa sehingga boleh menampung 45,000 penonton apabila diperlukan kelak,” katanya.
Beliau juga berkata, sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon pinjaman sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat bagi membina stadium di kawasan seluas 45 ekar di Bandar Baru Tunjung.
Namun katanya, pinjaman itu tidak diluluskan dan tapak di Tunjung pun sekarang sudah dimiliki pihak lain.

Sumber: Harakah Daily | 25 Jun 2014
PERHATIAN:
BalasPadamAdakah anda terdesak untuk pinjaman jangka pendek tetapi bank anda tidak akan meminjamkan apa-apa kerana anda mempunyai skor kredit yang rendah?
Kemudian memohon pinjaman tunai cepat hari ini dari kami, anda boleh yakin bahawa apa-apa maklumat yang anda serahkan adalah 100% selamat dan selamat dengan kami dan diserahkan kepada salah seorang pemberi pinjaman kami melalui e-mel: tracybanksloanfirm@gmail.com.
Selagi anda berumur 18 tahun ke atas, yang kini bekerja dengan pendapatan tetap, maka anda tidak sepatutnya menghadapi masalah dalam memohon.
Mohon sekarang!