Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 11 November 2013

Arahan iklan GLC di Utusan, BH bercanggah Akta Persaingan 2010

KUALA LUMPUR: Arahan kerajaan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara menambah iklan di akhbar milik Umno termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian didakwa bercanggah dengan semangat Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan bermula Januari 2012 lalu.

Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, tindakan kerajaan itu bukan sahaja legally wrong, malah juga morally wrong.

Katanya, akta persaingan yang dikuatkuasakan tahun lalu itu bertujan untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan kecekapan ekonomi dan menyediakan pasaran lebih baik.

Apabila pasaran menjadi lebih baik, syarikat-syarikat akan berkembang maju dan dapat menyediakan apa yang pengguna inginkan dengan kos lebih efektif berbanding dengan pesaing mereka.

"Namun dengan arahan agar GLC beriklan dengan Utusan dan Berita Harian sahaja bermakna kerajaan telah menutup hasrat untuk wujudkan persaingan sihat tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, kelmarin berkata kerajaan mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Dzulkefy yang juga AJK PAS Pusat berkata, kenyataan Ahmad itu adalah lanjutan kepada apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 September lalu yang menyeru  GLC beriklan dengan Utusan Melayu (M) Berhad.

"Ini membuktikan bahawa perdana menteri bukan seorang berfikiran negarawan, tetapi masih terkongkong dalam pemikiran sempit kepartian.

"Bila arahan sebegitu dikeluarkan, apa perasaan syarikat-syarikat penerbitan lain. Itu bercanggah sama sekali dengan akta persaingan," katanya lagi.

Bukti masalah kewangan

Sementara itu, beliau juga melahirkan keyakinan bahawa arahan kerajaan itu antara lain mahu menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu yang dipercayai sedang mengalami masalah kewangan. "Ini nampaknya seperti kerajaan cuba billout syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan," katanya.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua akhbar itu sedang mengalami penurunan jumlah edaran dari 203,704 (2005) kepada 130,463 (2012), iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) kepada 178,211 (2012), iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

Sumber: Harakah Daily | 11 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan