Jalaluddin (tengah) menunjukkan syabu yang dirampas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. |
KOTA BHARU: Taktik licik seorang keldai dadah wanita warga Vietnam
membawa masuk syabu bernilai RM1.4 juta gagal selepas ditahan polis di
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, Jumaat lalu.
Syabu seberat 5.4 kilogram itu disorokkan di dalam 54 kepingan kertas keras yang digulung bersama renda pakaian sebelum dimasukkan ke dalam sebuah bagasi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, wanita berusia 48 tahun itu dipercayai tiba di Kota Bharu melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.
Menurutnya, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika sedang mengambil bagasinya sebelum ditahan pihak berkuasa yang bertindak pantas.
“Pemeriksaan badan tidak menemui barang salah, namun pemeriksaan lanjut ke atas beg mendapati ia berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu.
“Berdasarkan tag pada beg, suspek dipercayai menaiki penerbangan antarabangsa dari New Delhi, India, sebelum transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seterusnya tiba di Kota Bharu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.
Beg berkenaan dipercayai tidak melalui alat pengimbas di KLIA dan didatangkan terus dari India ke Kota Bharu. Manakala, suspek pula menaiki pesawat di Kuala Lumpur pada jam 10.55 pagi dan tiba di sini jam 12.25 tengah hari.
Jalaluddin berkata, rampasan itu yang terbesar membabitkan sindiket antarabangsa dan kali pertama melibatkan keldai dadah.
“Dadah ini dibawa masuk ke negara ini untuk diedarkan ke seluruh Kelantan dan kami juga tidak menolak kemungkinan ia akan masuk ke pasaran Terengganu,” katanya.
Suspek kini ditahan reman tujuh hari berkuat kuasa kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 11 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan