Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 10 November 2013

Pengawal keselamatan tembak mati pegawai Ambank bulan lalu akhirnya ditangkap di Johor

Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Bahru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal. Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
Sumber: mStar Online | 10 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan