Ismail memeriksa sebuah bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. |
GUA MUSANG: Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) menahan enam bas
ekspres dalam sekatan jalan raya berhampiran Kem Semor Jalan Gua
Musang-Kuala Krai, dekat sini, lewat malam kelmarin.
Kesemua bas ekspres berkenaan ditahan kerana didapati melanggar syarat permit yang dikeluarkan untuk perjalanan ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.
Penolong Pengurus Penguat kuasa SPAD Wilayah Timur, Ismail Munajad menegaskan, SPAD tidak akan bertolak ansur dalam mengambil tindakan undang-undang jika ada bas ekspres melanggar syarat permit.
Menurutnya, antara kesalahan serius yang dikesan adalah syarikat bas ekspres terbabit adalah melanggar permit perjalanan dan tiket bas bertulisan tangan.
"Antara kesalahan serius dilakukan adalah bas ekspres sepatutnya melalui jalan pantai Terengganu-Kuantan ke Kuala Lumpur, bukan menggunakan laluan Jalan Kota Bharu-Gua musang untuk ke Kuala Lumpur.
"Kita berjaya kesan jualan tiket kepada penumpang tidak dicetak menggunakan sistem komputer sebaliknya bertulisan tangan dengan tujuan mengelirukan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui selepas operasi sekatan jalan raya tamat.
Ismail berkata, tindakan bas ekspres itu boleh mengundang risiko kepada penumpang yang belum pasti boleh membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penumpang lebih berhati-hati menaiki bas ekspres yang tidak mengikut syarat permit kerana mereka akan menanggung sendiri segala risiko.
"Kita tetap ambil tindakan tegas ke atas syarikat bas ekspres yang melanggar syarat permit dan apabila laporan siasatan selesai, ia akan dirujuk kepada mahkamah.
"SPAD telah memberi peringatan berulang kali kepada semua syarikat bas ekspres sebelum ini, namun masih ada pemilik yang berdegil kerana mengejar keuntungan," katanya.
Tambahnya, operasi yang membabitkan 16 anggota penguat kuasa SPAD turut mengeluarkan saman ke atas sembilan lori kerana melanggar syarat permit dan tindakan sama akan diambil selepas ini.
Katanya, operasi ke atas pengangkutan komersial seperti bas dan lori akan kerap diadakan di semua laluan pantai timur bagi memastikan mereka mengikut syarat permit.
"Banyak aduan telah kita terima daripada orang awam berhubung perkara berkenaan dan kita akan siasat melalui sekatan jalan raya," tegasnya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan