Mohd Amar (tiga kanan) ketika menyambung gentian optik ketika gimik perasmian Festival Industri Kreatif Antarabangsa, semalam. |
KOTA BHARU: Sempena perlawanan final Piala Malaysia Ahad ini, Kerajaan Negeri Kelantan meletakkan harapan tinggi supaya The Red Warriors (TRW)
dapat membawa balik kejuaraan kali ketiga untuk dijulang bersama rakyat
negeri ini.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pemain TRW perlu beraksi dengan penuh semangat di Stadium Shah Alam nanti untuk memastikan kejuaraan memihak kepada Kelantan.
“Kerajaan negeri menyokong pasukan TRW beraksi pada final nanti dan mengharapkan pemain TRW dapat bermain dengan sedaya upaya untuk menang bagi mengharumkan nama Kelantan,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Festival Antarabangsa Industri Kreatif 2013 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah, Pengarah Festival, Zulkifli Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Mohd Amar turut menasihatkan kepada peminat fanatik pasukan penyandang juara Piala Malaysia supaya bersikap profesional terhadap sebarang keputusan pada perlawanan yang berprestij itu nanti.
“Pastikan tidak ada pergaduhan. Kalau kita kalah semua perlu terima hakikat tersebut dan jangan terlalu emosi,” katanya.
Selain itu, Mohd Amar juga mahukan dalam keghairahan untuk menyaksikan TRW beraksi di pentas akhir menentang Skuad Tok Gajah para penyokong diingatkan tidak mengabaikan solat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan