Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 5 Mac 2017

Cubaan seludup 550,000 bungkus rokok dirampas

Ahmad Amri Abd, Rahman (tenggah) menunjukkan sebahagian daripada bungkusan rokok putih yang dirampas dari sebuah lori di Kampung Tulang, Tumpat, Kelantan, semalam.
TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 550,000 bungkus rokok putih jenama Premium selepas menahan sebuah lori dipandu dua lelaki di Kampung Tulang di sini hari ini.

Bagaimana kedua-dua lelaki berkenaan berjaya meloloskan diri dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota kira-kira pukul 4.50 pagi itu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintenden Ahmad Amri Abd. Rahman berkata, lori itu berjaya dikesan hasil maklumat orang awam dan kes tersebut merupakan rampasan rokok pertama pihaknya bagi tahun ini.

“Pemeriksaan ke atas lori berke­naan membawa kepada pe­nemuan 550,000 bungkus rokok putih jenama Premium yang di­sembunyikan di dalam lori berke­naan. Nilai rokok dan cukai dianggarkan sebanyak RM426,000.

“Mereka menggunakan taktik keluar awal pagi bagi mengelirukan kita dengan orang yang mahu keluar solat subuh di masjid atau keluar untuk bekerja,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Menurut Ahmad Amri, berdasarkan siasatan awal, rokok-rokok tersebut dibawa masuk dari negara jiran, dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Kesemua barangan rampasan termasuk lori dibawa balik ke markas operasi untuk tindakan selanjutnya dan kes ini disiasat bawah Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Ahmad Amri berkata, pihak­nya akan terus memperketatkan operasi dan rondaan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Kuala Takbai sehingga ke Kubang Pak Itam.

Katanya, rondaan berterusan ini merupakan salah satu usaha untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah lintas sempadan daripada berleluasa.

Sumber: Utusan Malaysia | Jenayah | 3 Mac 2017 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan