Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Sultan Muhamad V di Sungai Udang hari ini, sempena lawatan tiga hari ke Melaka. |
BANDAR RAYA MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid Sultan Muhammad V di Kompleks Penjara Sungai Udang di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada kira-kira 1.10 petang disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta kira-kira 2,000 orang penduduk.
Sultan Muhammad V kemudian berkenan menandatangi plak perasmian sebelum menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.
Selepas itu, Seri Paduka berkenaan menghadiri majlis santapan bersama rakyat.
Kompleks penjara dan masjid itu dibina dengan kos keseluruhan RM305 juta dan siap sepenuhnya pada 25 Februari 2010.
Masjid yang berkonsepkan moden kontemporari itu mampu menampung 2,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Sultan Muhammad V dalam rangka lawatan tiga hari ke Melaka hingga Sabtu ini.
Ia merupakan lawatan pertama Seri Paduka sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lepas.
Sumber: Bernama | 3 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan